Sunday, July 19, 2009

TERPERANGKAP DI KOLEJ KEDIAMAN YG TIADA PENGHUNI..

Malam tu aku bersama dua orang rakanku, Ros dan Aida berkunjung ke apartmen kawanku untuk menyiapkan assignment kami. Dalam pukul 1.00 pagi Ros dan Aida meminta diri untuk pulang. Aida dan Ros satu blok dengankku. Apartmen Ros pula searas dengan apartmenku. Ros mengajak aku pulang bersamanya tetapi aku meminta dia pulang terlebih dahulu kerana aku mahu bersembang dengan kawanku terlebih dahulu. Ros berkeras dan mengajakku beberapa kali untuk pulang bersamanya. Aku hairan melihat Ros seolah – olah susah hati atas keenggananku untukpulang bersamanya dan Aida. Antara blokku dan blok kawanku diselangi dua blok hostel yang lain. “Ros, nape la susah sangat ni, balik je la dulu. Tak payah risau,” kataku kepada Ros. Aku mengatakan demikian kerana maklumlah, kami tinggal dalam kampus dan keselamatan memanglah terjaga. Jadi tak ada apa yang aku perlu risaukan kalau balik seorang diri pun. Ros dan Aida pun pulang terlebih dahulu. Dalam pukul 1.30 pagi barulah aku berangkat pulang menuju ke blok aku. Aku tinggal di tingkat paling atas iaitu tingkat 5. Seperti biasa aku pulang aku menaiki tangga blok dengan pantasnya kerana terlalu mengantuk dan tidak sabar – sabar untuk tidur. Sampai ditingkat 4 aku mula berasa pelik. Kenapa lampu sangat malap? Aku tak peduli. Aku pun terus memanjat sampai ke tingkat 5. Sampai diatas, aku pun menuju ke rumahku. Sebelum masuk, aku hairan melihat tingkap bilik housemateku terbuka sedangkan didalam biliknya gelap. Biasanya kalau bilik gelap tandanya housemate aku dah tidur. Tapi takkanlah tidur tak tutup tingkap? Aku tak peduli mana pun dan meneruskan langkahku masuk ke dalam rumah. Semasa aku menguakkan pintu, aku lihat rumahku gelap. Aku hairan. Awalnya penghuni rumah aku masuk tidur. Aku masuk dan menutup pintu besar itu. Satu benda yang bukan kebiasaan aku lakukan ialah, aku mengunci pintu utama sedangkan aku tidak pernah melakukannya selama ini. Yang aku sentiasa kunci ialah pintu bilikku. Anehnya, malam itu, aku rasa nak menguncinya pula. Aku masukkan kunci dan memulasnya seperti biasa dan pintu utama pun terkunci. Aku pun menanggalkan selipar untuk diletakkan diatas rak tetapi aku mula terkejut tetapi aku berasa amat terkejut sekali kerana 3 rak kasut besar tersebut kosong tanpa sepasang selipar pun! Aku terpana seketika. Suasana dalam rumah itu gelap. Aku fikirkan semua housemate ku pergi keluar tidur di apartmen atau dibilik kawan – kawan mereka. Aku pun mulai berubah fikiran. Aku mahu bermalam dirumah ros sahajalah yang terletak di sebelah rumahku sahaja. Aku pun membuka membuka pintu besar semula dengan kunciku. Malang sekali bagiku pintu itu tidak dapat dibuka. Aku geram. Takkanlah aku nak melalak malam – malam buta memanggil orang. Pada fikiranku kunci pintu rumahku rosak. Akhirnya setelah beberapa kali mencuba, aku redha sahajalah. Lagipun aku terlalu mengantuk. Aku membuat keputusan untuk tidur dibilik sahajalah. Pasal pintu tu, biarlah aku tunggu pada keesokan hari. Setidak – tidaknya menunggu housemate ku pulang. Aku pun berpatah balik dan menanggalkan selipar untuk menuju kebillik. Tapi ada satu benda yang aku perasan dalam kesamaran gelap itu. Aku lihat sofa apartmen ku (Setiap apartmen pelajar dsediakan set sofa) berlainan. Sepatutnya warna hijau tetapi ini warna merah. Aku hairan. Barulah aku sedar aku tersalah rumah. Aku rasa aku perlu meminta bantuan para penghuni rumah itu untuk membukakan pintu utama yang terkunci itu. Semasa aku melangkah masuk kedalam rumah aku lihat semua pintu bilik terbuka dan gelap. Aku jenguk bilik yang kononnya bilik housemateku yang terbuka pintu tingkapnya tadi. Tapi apa yang mengejutkan, dari kesamaran, aku lihat katil kosong dan bilik itu tiada penghuni. Sekarang baru aku betul – betul sedar aku terperangkap di rumah yang tiada penghuni dan gelap dan pada waktu pagi. Nama bilik itu K5-2/4. Ini bermakna aku tersalah naik blok K dan tersalah masuk rumah! Sedangkan aku penghuni blok J! Rumahku pula J5 – 2/4! Aku bagaikan tak percaya yang aku tersalah disebabkan hanya perbezaan dua huruf sahaja!. Blok K tu sebelah blok aku je. Lantas aku menuju ke pintu utama dan memasukkan anak kunci untuk membuka pintu itu tapi gagal. Hatiku meyumpah seranah. Aku tolak kedua – dua daun pintu yang besar itu dengan keras beberapa kali. Namun ia gagal. Aku geram. Aku terajang pintu tersebut. Pada kali pertama ia gagal. Aku terajang untuk kali kedua dan akhirnya pintu itu terkuak dengan kuatnya sehingga penyelaknya besinya tercabut. Bunyinya berdentum kerana pintu itu berlaga dengan pagar besi. Aku berdebar. Bukan berdebar kerana apa, berdebar kerana bimbang kalau2 jiran sebelah rumah ternampak keadaan aku yang mencurigakan dirumah kosong.Tidakkah pelik melihat seorang perempuan keluar dari rumah kosong yang gelap dengan menendang kedua helai daun pintu sehingga berdentum bunyinya dengan bunyi penyelak tercampak berciciran? Mesti pelik kalau orang melihat. Sebelum orang lain syak apa – apa, sebelum aku dapat malu, baik aku lari dulu. Lagipun, kalau sarjan atau pak guard yang dengar bunyi tu, mampus aku nanti diorang soal yang bukan – bukan. Aku pun lari menaiki blokku yang sebenar. Jantungku berdegup kencang kerana keletihan memanjat dua blok bangunan yang berbeza. Sampai di aras 5 blokku, aku memanggil Ros. Ternyata Ros belum tidur lagi. Katanya dia tidak dapat tidur kerana berasa tidak sedap hati. Ros pula seolah – seolah menunggu aku. Badanku berpeluh – peluh sehingga bajuku basah lenjun kerana keletihan berlari dari blok sebelah ke blok aku. Dahlah paling tingkat atas. Ros rupa – rupanya sudah merasakan sesuatu yang tidak baik berlaku pada ku malam ku. Sebab itulah dia seolah – olah menunggu kepulanganku. Itulah pengalamanku yang tidak dapat dilupakan. Aku pelajar semester satu ijazah semasa kejadian. Bagi pelajar yang baru tidaklah menghairankan kalau tersalah blok. Tapi masalahnya, aku merupakan bekas pelajar disini semasa diploma dulu. Selama 3 tahun aku telah menetap disini. Sepatutnya aku sudah arif dan hal tersalah blok tidak sepatutnya berlaku . Tapi entah macamanalah malam tu nasibku tidak berapa baik. Lagipun blok J dan blok K bercantum. Jadi mungkinlah dalam keadaan itu aku mengantuk tu aku tersilap. Satu lagi, kenapa kunciku boleh mengunci pintu rumah tersebut sedangkan rumah tersebut bukan rumahku dan sudah pasti anak kuncinya lain dari kunci rumah itu. Itu yang aku hairankan. Mungkin kunci rumah tu bermasalah kot? Entahlah..walahualam..