Sunday, June 21, 2009

coret2 travel.... Aku bersyukur walau aku begini..

Sebut pasal travel, semua ada pengalaman masing2. Sini aku mahu coretkan sedikit pengalaman aku..

Aku baru sahaja pulang dari jakarta bersama kakakku semalam. Kakak aku mmg seorang yg suka travel. Ini juga kali ketiga dia ke jakarta. Jd satu peluang yg baik bila kami menemui satu masa yg baik untuk ke sana bersama. Aku suka menulis, jd aku mahu coretkan sedikit pengalaman sedikit yg tak terharga bagiku. Saat kakiku berpijak dibumi airport Soekarno Hatta, aku diselebungi gembira teramat. Kalau disana, anda dinasihati menaiki teksi bulebird, iaitu group teksi yg diyakini dan dgn kadar charge berpatutan. Sebenarnya kami nyaris2 ditipu oleh pemandu pengangkutan awam (mungkin tidak di authorized sbg teksi sebenarnya) dengan mengenakan charge hampir Rp300000++ = Rm100++. Kenderaan tersebut juga bkn mcm teksi bluebird, tp kenderaan model toyota estima yg agak mewah untuk kami. Mujurlah kakak aku menolaknya dengan baik kerana merasakan harga itu tidak masuk akal. Sangkaan kami pemandu itu adalah pemandu bluebird kerana dia memakai uniform biru malahan dia sendiri mendakwa mereka adalah bluebird! Setelah beberapa ketika proses runding harga, kami menolak.. Terlalu mahal. Kami bilang kami mahu mencari kenderaan lain.

Satu yang membuatkan aku respek mereka kerana mereka menghormati keputusan kami. Mereka tidak memaksa tapi mereka cuba berunding seboleh yang mungkin. Mereka mendakwa harga kenderaan lain juga sama malahan lebih mahal. Kami tak peduli dengan cara mereka nak psiko kami. Kami ambil beg dan berlalu pergi mendapatkan teksi bluebird menuju ke hotel kami. Tambang yang dikenakan hanyalah sekitar Rp85000 = Rm27++! Aku tak kisah sebenarnya. Kejadian ini bukan sahaja berlaku dijakarta tapi Fenemona ini juga berlaku di Malaysia. Aku juga banyak kali pernah terkena harga yang mencekik darah ini apabila menaiki teksi dan prebet sapu.
Sepanjang aku berada di jakarta, aku perhatikan banyak perkara. Aku dapat rasakan org Indonesia ini adalah sangat rajin dalam mencari rezeki. Mereka sanggup berpanas di tengah – tengah kesesakan jalan raya dan asap semata – mata mahu menjual barang-barang seperti cenderahati, minuman sebotol dua atau makanan kepada kenderaan yang berhenti ditengah kesesakan trafik atau jam. Hati aku kasihan. Betapa perihnya mereka melakukan kerja selagi kerja itu halal dan tidak meminta – minta. Adakah kita serajin mereka? Kalau di Malaysia ini, berdiri ditengah panas pun bising. Aku rasa tentu tidak! Hotel kami terletak didalam sebuah Shopping Complex yang amat besar. Memang besar kerana kalau 4 hari 4 malam pun belum tentu habis explore didalam sana. Terlalu banyak kedai. Menurut info yang aku dapat, lebih dari 5000 gudang terdapat didalamnya. Huh, mana tak lenguhnya aku berjalan……..

Pada pendapat aku, Indonesia ini kaya dengan seni. Rakyatnya juga menghargai seni. Aku tengok pakaian2 dia semua trendy dan fashionable. Mungkin juga untuk memenuhi permintaan kehendak pemasaran yang besar. Rakyatnya ramai, jadi kepelbagaian adalah perlu untuk memenuhi selera rakyat yang ramai. Sesapa yg berminat untuk bergaya aku rasa Indonesia adalah medan terbaik untuk mencari pakaian. Gedung pakaiannya banyak dan besar2. Pilihannya macam2 dengan harga yang berpatutan. Mujurlah aku seorang gadis yg bersederhana sahaja dalam fesyen. Kalu tak, mau rambangnya mata aku?? Sampai lenguh kaki aku berjalan dekat gedung disana. Sampai ke petang. Tatkala waktu petang, trafiknya memang jam gila - gila. Waktu pulang dari kerja. Penunggang motor pula memang ramai. Kalu semua mat rempit di Malaysia bersatu sekalipun, tak dapat menandingi jumlah motor yang berhenti di setiap genap lampu isyarat. Satu lagi aku perhatikan, membunyikan hon memang menjadi amalan disini. Nak melintas pun bunyi hon. Tengah bergerak pun bunyi hon. Kiranya memang normallah kalu kita kena hon dan kita pun turut sama bunyikan hon! Benda tu dah jadi perkara biasa dikalangan mereka. Berbeza pula di sini (Malaysia), hon memang merupakan satu perkara sensitif. Kalau orang bunyikan hon pada kita, memang sure, kita hangin satu badan dan menyumpah sebakul pada orang tersebut. Sama la juga kalau kita hon kat pemandu lain, maknanya itu tanda kita dah naik angin. Apatah lagi kalau hon yang dibunyikan kuat dan panjang, lagi besarlah marahnya! Tapi di Jakarta tak ada maknanye kalau nak marah2. Bunyi la hon sekuat hati pun. Takde orang nak amik tau kita marah mengelegak sekalipun. Hon tidak melambangkan kemarahan! Yang penting trafik lancar dan vroom!! jalaaan…………. Sebab tu aku tengok pemandunya tenang dan rileks je. Nak2 bila kena hon. Sikit habuk tak layan, dah alah bisa tegal biasa. Itulah pengajaran yang aku boleh ambil. Sebagai pemandu kita jangan cepat melatah! Kalau diatas jalan raya terlalu banyak yang ingin diceritakan. Ia mengajar kita banyak perkara terutama erti kesabaran. Cuba bayangkan di saat ingin melintas jalan ketika kereta berhenti di lampu merah, kami tak dapat melintas.. Tau kenapa? Sebab kereta dan motor terlalu berhimpit antara sama lain sehingga tak ada satu ruang untuk aku menyelit. Agak sukar mencari ruang kosong yang lepas dengan badan kita. Boleh bayangkan betapa sibuknya waktu itu? Memang sukar untuk aku melintas apatah lagi orang asing semacam kami. Bukannya kami tidak biasa dengan keadaan jalan yang sesak tetapi keadaanya ini lebih ekstrim bagi kami. Walaupun jarak terlalu rapat, tak adalah pula berlaku perlanggaran hingga tercalar dan sebagainya. Takjub juga aku. Sebab aku penah naik motor terlanggar side mirror dan plat motor orang punya sampai patah! Walhal jalan tak sesak mana pun. Hahaha.. Apa lagi, lepas langgar, aku cabut larilah. Tapi kalau di Jakarta ini kalau sudah terlanggar, korang memang tak boleh lari mana pun.

Ada satu perkara yang betul2 unik bagi aku. Ketika dikesesakan jalan raya yang teramat sangat, tetiba kedengaran bunyi siren. Siren amaran keretapi melintas. Wow, keretapi di tengah - tengah kesesakan jalan raya! Aku juga terkejut dengan tiba - tiba entah datang dari mana keretapi itu, tapi itulah hakikat. Aku rasa di Malaysia juga ada perkara seumpama ini, aku lupa negeri mana, tapi yang aku pasti dengan bukan keadaan trafiknya seperti di sana.
Disana, walaupun jumlah motornya banyak, tapi aktiviti rempit memang tidak berlaku. Kalau kita semak wikipedia, rempit ini hanya berlaku di Malaysia. Jadi budaya rempit memang tak wujud disana. Alangkah bagusnya kalau semua penunggang rakyat Malaysia seperti itu kan? Bagi aku Mat Rempit ni wujud disebabkan sifat terlalu manja sesetengah remaja Malaysia. Hanya tahu mengeksploitasi jalan raya yang elok kepada litar yang haram. Masa yang banyak digunakan untuk pertaruhkan nyawa. Motor yang sepatutnya untuk diguna untuk keperluan menjadi alat untuk menghiburkan diri dengan cara terlarang. Berbeza dengan keadaan disana, walaupun jumlah motor adalah banyak, tp rempit mmg zero! Mereka hanya gunakan motor itu sebagai pengangkutan untuk mencari rezeki. Adakah mereka punyai waktu untuk merempit ni? Aku rasa takde.Lagipun jalan sesak. Silap2 tengah merempit kene langgar di keretapi! Cuba bandingkan diri dengan mereka? Tidak malukah kita? Sebab tu aku kata, mat rempit ni wujud sebab diorang manja. Jiwa mereka kosong. Apabila mereka betul – betul rasa susah, baru mereka tahu apa itu sebuah kerja dan pengangkutan. Dan dari situ kita tahu nilai bersabung untuk sebuah kehidupan. Bukan menggunakan motor sebagai medium hiburan yang membahayakan nyawa. Aku bukan maksudkan disini, semua mat rempit tidak bekerja. Mat rempit juga manusia biasa dan ada yang bekerja tetapi nilai kehidupan dalam diri mereka. Keseronokan melampau menjadikan nilai kehidupan dalam diri tidak wujud. Pemuda disini bertarung untuk mendapatkan keseronokan jiwa sedangkan pemuda disana bertarung untuk memperjuangkan kesenangan hidup.. Kerana itu adalah sebuah nilai kehidupan. Kalau sebut rempit memang terlalu panjang untuk diceritakan. Aku hanya memberi pandangan dalam konteks perbandingan sebuah kehidupan sahaja. Cukuplah sekadar disini sahaja. Aku juga selalu pergi menonton aksi merempit ni. ‘Freeshow’ ini memang banyak dijalan – jalan raya besar dikampungku. Dalam 2 3 kali seminggu pasti ada. Sehebat manapun aksi mereka, sedikit aku tidak kagum malahan menyampah. Lagi bertambah menyampah kerana hampir 100% yang merempit itu adalah melayu di usia yang muda.

Sebut pasal muda, aku teringat seorang pemuda yang memandu tut – tut disana. Mungkin ada yang sudah mengenali apa itu tut – tut. Bagi yang belum tahu, tut – tut itu merupakan kenderaan berupa motor yang mempunyai tiga tayar yang kecil dan beratap. Belakangnya mempunyai tempat duduk yang muat untuk dua penumpang. Setahu aku, kenderaan ini juga boleh ditemui di Thailand, Filipina dan India (Lain – lain negara ada lagi kot? Tapi aku tak tahu). Seronok juga naik tut – tut. Sengaja ambil tut – tut berbanding teksi sebab nak rasa naik tut – tut. Tut – tut ni semacam ulat di jalan raya. Pemandunya lincah mengemudi kenderaan mereka dan mencelah di antara kenderaan. Aku dan kakakku menumpangi pemuda yang membawa tut – tut itu untuk ke Monas. Didalam tut – tut tersebut, sengaja aku mencuit dibelakang pemuda itu sekadar untuk bertanya. Pemuda itu ternyata terkejut aku mencuitnya. Aku dapat rasakan badannya juga tersentak sewaktu aku mencuitnya. Aku berasa lucu dengan reaksinya dan aku tidak tahu kenapa dia tersentak. Mungkin disebabkan yang mencuit belakangnya adalah aku selaku seorang gadis! Hahaha.. sekadar berjenaka sahaja. Sebenarnya melihatkan usia yang begitu muda, aku dan kakakku hanya ingin bertanya berapa umurnya. Dia cakap umurnya 25 tahun. Begitu muda sekali usianya. Lebih kurang sebaya dengan abang – abangku. Sedikit terharu melihat orang dalam usia semudanya memandu tut – tut. Aku berasa kagum. Aku lihat majoriti pemandu tut – tut adalah pakcik – pakcik dan sudah berusia. Bukan semudanya. Kalau disini pun aku rasa agak susah untuk mencari seorang pemandu teksi dalam usia sebayanya. Tak banyak yang kami tanyakan dan dia juga tampaknya segan untuk bercakap dengan kami.

Jakarta mempunyai iklim sama dengan Malaysia. Yelah, duduk sebelah Malaysia sahaja. Tapi aku dapati panas cuacanya ada sedikit beza dengan Malaysia. Panasnya sedikit kering hinggakan memberi sedikit impak terhadap kulitku. Kalau kebiasaan aku berjalan, kulitku pasti akan berminyak. Malahan seluruh tubuhku juga pasti akan melekit. Tapi disana perkara itu tidak berlaku. Biarpun aku berjalan sehari suntuk berjalan apatah lagi ditengah - tengah dengan kawasan yang sesak dan panas. Sebelum aku ke bertolak ke sana, aku juga mempunyai masalah keguguran rambut yang teruk. Tambahan pula rambut aku ini panjang. Jadi semakin mudahlah untuk gugur. Terlalu banyak gugur juga merunsingkan aku hinggakan aku bertekad untuk memotong rambutku yang panjang lurus melepasi paras dada ini selepas pulang dari sana. Namun entah mengapa masalah keguguran rambutku hilang sampai disana. Ia lebih ketara apabila apabila aku berada dihari kedua. Sampailah saat aku pulang ke Malaysia, aku tidak mengalami masalah keguguran rambut. Hahaha..! Dengarnya macam ingin promosi iklan shampoo pula. Tapi itulah kenyataannya. Aku tidak tahu sangat mengenai fisiologi tubuh ini. Tapi apa yang berlaku aku rasakan ada kaitan dengan iklim panas disana. Kakakku juga banyak kali memberitahuku akan hal ini kerana dia sudah ke sana sebelum ini. Cuaca panasnya sama sahaja dengan Malaysia tapi disana cukup kering. Malaysia pula panas tetapi kelembapannya tinggi. Kalau tengaharinya sangat panas, alamatnya petang memang hujan nak datang tidak kiralah sama ada hujan yang lebat atau pun sedikit.. Berlainan di sana, cuacanya yang agak panas menyebabkan aku fikir kalau di waktu petang pasti hujan (Sebab di Malaysia, kalau cuaca panas pelik tu, biasanya hujan). Tapi ternyata jangkaan aku meleset. Sepanjang berada disana, tak ada pula hujan petang – petang ni macam kat Malaysia. Wallahualam.. Semua itu kehendak Allah. Aku tak mengatakan di Jakarta tidak pernah hujan, tetapi mungkin kebetulan aku pergi cuacanya betul – betul kering. Mungkin corak cuacanya lain. Mungkin corak waktu hujannya lain. Aku juga bukannya seorang yang arif pasal cuaca – cuaca ini. Tapi yang aku rasa perubahan positif kulit dan rambutku ini kesan cuaca disana. Itu sahaja pendapatku. Patutlah kulit orang – orang disana elok – elok sahaja.

Banyak perkara yang baru aku lihat disana. Mengajar kita untuk membuka mata dengan lebih luas dan menilai keperibadian diri. Sesungguhnya kita dapat melihat diri sendiri yang sebenarnya dengan melihat orang lain. Sesuatu yang paling menarik perhatianku adalah mengenai perbualanku dan kakakku bersama seorang pemandu teksi dalam perjalanan pulang... Mula – mula aku hanya sekadar bertanya tentang pemilu (Pilihanraya). Kebetulan semasa kami datang, pemilu akan berlangsung dalam dua minggu lagi. Aku bertanya kepada bapak pemandu teksi itu macamana scenario pemilu disini? Dia bilang rakyat sudah bosan. Tiada perubahan dalam kepimpinan. Kami hanya mengiakan sahaja kata – katanya. Kami tidak memberikan pendapat bagi pihak negaranya kerana sebagai rakyat Indonesia sendiri, dia pasti punyai pendapat yang tersendiri. Aku mula bertanya, apa yang menyebabkan rakyat sudah bosan? Apa yang rakyat mahukan kali ini? Dia mengatakan rakyat mahukan hak mereka dibela. Aku bertanya bela dari segi apa yang mereka mahukan? Dia menjawab pembelaan rakyat yang migrasi di Malaysia. Pembelaan ketidak adilan layanan di Malaysia seperti didera yang disiram dengan air panas. Agak sinis mendengarnya hinggakan kami rasa terpukul. Memang benar apa yang diperkatakan. Tapi dalam hal konteks keganasan dan penderaan, kita seharusnya buka mata luas – luas dan berfikir secara liberal. Adakah rakyat mereka tidak pernah melanggar undang – undang disini? Tidak perlulah saya huraikan apa yang mereka telah lakukan disini. Saudara pembaca pasti boleh menilainya sendiri. Kami seperti biasa mengiakan sahaja. Kakakku bertanya, bagaimana pula dengan infrastruktur untuk rakyat? Kami mempunyai sebab sendiri bertanya sedemikian rupa. Tak perlulah dihuraikan disini. Tapi anda boleh fikir sendiri kenapa. Dia mengatakan perkara itu jatuh di no 2. Maknanya apa yang berlaku pada rakyatnya di Malaysia lebih penting dari perubahan yang harus dilakukan didalam negara??? Hmmm.. sebagai pembaca, saudara boleh fikir sendiri apa yang patut didahulukan. Tapi terpulanglah. Kami seperti biasa mengiakannya sahaja. Mungkin itu yang mereka mahukan dalam manifesto? Kakakku mengatakan pilihanraya untuk cari pemimpin yang lebih adil. Pemandu ini bilang, pemimpin mereka sudah cukup adil tetapi hanya orang bawahannya sahaja menyalahgunakan kuasa. Tiba – tiba dia bertanyakan pasal pemimpin Malaysia juga sama tingkahnya dengan pemimpin disini. Maaf, disini aku bukan ingin bicarakan pasal politik tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan memandang mentality mereka terhadap kita. Kami mengatakan bahawa bukan pemimpin politik paling berkuasa di Malaysia tetapi Ketua Negara Malaysia adalah Yang Di – Pertuan Agong dan para sultan ke atas negeri masing – masing. Maksud aku disini, jika rakyat menderita dibawah ketidakadilan pemimpin sekurang - kurangnya Raja masih ada sebagai penaung rakyat. Sesuatu mestilah mendapat perkenan Baginda agar kedaulatan undang – undang terjaga. Baginda boleh menolak mana – mana pemimpin yang dianggap menyusahkan rakyat dengan mengikut lunas undang – undang. Dia (pemandu teksi) pula persoalkan, kenapa Raja perlu masuk campur dalam urusan politik di Malaysia sedangkan Raja tidak boleh mencampuri hal – hal politik kalau itu kehendak rakyat dalam memilih mereka. Aku sedikit bengang tapi aku faham pemandu teksi sepertinya manalah mungkin akan faham perlembagaan dan hak kuasa Raja – Raja di Malaysia. Tetapi dia tidak boleh melemparkan pandangan sesuka hati apatah lagi terhadap orang Malaysia seperti kami. Kita mestilah follow up apa yang berlaku sebelum memberikan pendapat yang berbentuk kritis. Kalau apa yang dia perkatakan itu banyak yang salah, sudah tentu itu memaparkan kecetekan mentalitinya dan sudah tentu itu memalukan dirinya juga. Kami sebagai rakyat Malaysia sudah tentu lebih tahu. Aku faham, kerana dia adalah orang Indonesia dan mungkin dipengaruhi oleh media Indonesia yang banyak menghentam Malaysia. Tak perlulah kami menerangkan kepadanya panjang – panjang perihal perlembagaan or whatever yang berkaitan dengannya. Kalau cakap pun sehari suntuk pasti tak habis lagi. Nanti timbul cerita lain pula. Tak begitu? Tapi ternyata dia bukan seorang yang liberal pemikirannya dalam melihat pros and cons tetapi lebih banyak prejudis terhadap Malaysia. Dia juga beritahu bahawa rakyat Indonesia merupakan pendokong ekonomi Malaysia. Dia bilang, sapa lagi pendokong ekonomi Malaysia kalau bukan rakyat Indonesia? Huhuhu.. Mendengar kata – katanya aku tidak tahu sama ada aku harus marah atau ketawa! Mungkin dua – dua kot? Marah sebab dakwaan itu tidak betul. Mahu ketawa kerana mendengar kata – katanya yang dipengaruhi mentality yang begitu rendah sekali dan memberikan contoh – contoh yang mudah dan kurang tepat. Disini saya ingin beritahu pendokong ekonomi Malaysia adalah bangsa Malaysia sendiri. Adakah mengalirkan matawang Malaysia keluar membantu meneguhkan ekonomi? Tidak dinafikan permintaan buruh dan labour Indonesia adalah sangat besar. Sedikit sebanyak ia merancakkan ekonomi Malaysia. Terima kasihlah untuk semua itu tapi harus diingat ia tidak cukup untuk meraih Anugerah Pendokong Ekonomi Malaysia. Istilah itu sangat besar maksudnya.Tidak perlulah aku terangkan apa yang dilakukan rakyat Malaysia untuk membangunkan ekonomi negara sendiri. Pembaca yang juga rakyat Malaysia pun pasti tahu sejarah – sejarahnya dan dasar yang diamalkan di negara ini sejak dari dulu lagi contohnya DASAR EKONOMI BARU dan sebagainya. Kalau aku tahu dia berpandangan sebegini, tidak sesekali aku bertanyakan scenario politik di negaranya. Apa yang aku dapat darinya hanyalah pandangan yang mengaitkan keadaan rakyatnya dengan Malaysia. Tidak salah memberi pandangan tetapi cuba bagi pandangan yang lebih adil. Jangan tutup mata terhadap kebaikan yang sedia ada. Dia mengatakan bahawa dia mempunyai seorang sepupu yang bekerja di kilang dekat kuching (Kilang ape pun aku tak tahu). Dia mengatakan bahawa apabila sepupunya dan pekerja Indonesia itu pulang, kilang itu akan ditutup. Jika 2 minggu pulang, 2 minggulah akan ditutup. Nah! Itu dia pendokong ekonomi ya? Maknanya inilah satu keadaan dimana ekonomi Malaysia bergantung kepada mereka? Contoh itu terlalu mudah. Hebat benar mereka kerana dapat membangunkan ekonomi negara orang sedangkan bumi sendiri melata. Ke macamana? Terlalu banyak yang dia utarakan. Soalan hal pemilu (Pilihanraya) dinegaranya hilang begitu sahaja. Selain mengatakan rakyatnya sebagai pendokong ekonomi, pemandu teksi ini juga mengatakan bahawa Malaysia pernah kekurangan guru matematik. Sekali lagi aku terperanjat. Kenapa aku terperanjat? Sebab di Malaysia ini hampir semua Maktab dan Universiti awam disumbat oleh kebanjiran pelajar yang mengambil kursus dalam bidang pendidikan. Maknanya persaingan adalah tinggi dan hanya terbijak dari yang terbijak sahaja layak. Sebab itu aku terkejut bila dia mengatakan Malaysia kekurangan guru matematik! Aku bertanya bila tu? Dia jawab dalam sekitar tahun 1960 – an! Wah! kali ini memang aku terkejut. Bukan terkejut dengan kisah kekurangan guru, tetapi terkejut mendengar tahunnya pula. Isk! Aku tak lahir lagi tu. Aku rasa bapak driver ini boleh jadi guru sejarah di Malaysia la. Negara Malaysia pula hanya baru diisytiharkan pada 16 sept 1963. Kalau 1960 – an jangankan kekurangan guru, Singapore pun belum bercerai lagi dengan Malaysia. Jadi tak usah sebutlah kalau zaman – zaman dulu ni. Kalau nak sebut banyak. Neokolonialism la, konfrontasi dari Indonesia kerana gagasan Malaysia, tentangan dari Sukarno yang berfahaman komunis la, gerakan komunis (Indonesia) untuk merampas kuasa pada 30 sept 1965, pemutusan hubungan diplomatic dan haaa.. kan banyak tu? Kalau nak tulis banyak sangat sampai boleh karang cerita lain pula. So janganlah duduk bangkit benda – benda tu sebab semua dah lepas. Kalau nak bangkit juga habislah. Sampai bab penjajahan zaman 400 tahun dulu boleh keluar lagi. Kalau beginilah, sampai bila2 mentality kita di takuk lama. Cuma yang perlu diingat buang yang keruh, ambil yang jernih. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Semua orang sedang melangkah mara ke depan. Jadi perlukah kita menoleh kebelakang? Sejarah itu perlu, tetapi sebagai ukuran unruk masa depan. Aku berharap sesapa yang mempunyai mentality terhadap Malaysia sama seperti pemandu teksi ini dapat mengubah persepsi mereka terhadap Malaysia. Kalu mahu bangkitkan sejarah biarlah atas sesuatu sebab yang relevan. Bukan seperti hanya memutarbelitkan fakta sejarah. Aku sudah boleh baca jenis pemikiran apa dia ini. Aku hanya mengatakan, bapak datanglah ke Malaysia kalau ada kesempatan. Disini aku mahu dia tengok sendiri bumi Malaysia ini bagaimana. Maksud aku di sini sekadar jalan2 di Malaysia. Tapi kalau sudah pemikirannya di takuk begitu, memang di takuk tu la juga . Dia jawab, tidak mahu. Gaji di Malaysia juga bukannya mahal - mahal sangat ya sekarang? Lebih baik bekerja disini. Lebih untung katanya. Ramai Indonesian yang hidup melarat di Malaysia. Mendengar jawapannya, aku tak boleh la nak cakap pakcik itu bodoh. Dan aku ni pun bukan cerdik sangat. Tapi kalau sudah mindset dia begitu, maka, jawapan pun dipengaruhi oleh hati dan perasaan untuk menghentam dan melihat keburukan orang lain. Nak tengok yang huduh! Bukan untuk melihat dan memperakui kebaikan dan kelebihan orang lain. Tengok, sehingga jawapan pun lari daripada soalan. Kakakku pula mengatakan memangla majoriti pendapatan rakyat Malaysia tak mahal. kebanyakan hanya sederhana jerrr. Tambah2 hidup di tengah bandaraya. Kemudian dia pun mengomel dia pun dapat tawaran kerja di Malaysia tapi tak nak pergi sebab gaji tak lumayanlah, apelah. Hah, tau pun gaji tak lumayan. Habis tu yang ramai - ramai lagi tu yang masuk tu kenapa? Bukankah gaji tak lumayan? Salah sapa? Bukan kita hantar kad jemputan suruh wajib datang. Ni yang tak dijemput pun datang. Aku tak nak hurai panjang2 nanti dikatakan menghina orang pula. Tapi korang boleh fikir sendiri. Aku mengulangiku kata - kataku semula meminta dia datang ke Malaysia. Bukan untuk bekerja. Tapi jalan2. Sebenarnya aku nak dia buka mata sikit dan mengembang pemikirannya yang agak sempit tu dengan melihat negeri orang. Ehh, alih - alih dia cakap dia pernah ke Hongkong dah. Pulak.. Aku bertanya, bila tu? Dia jawab zaman muda - muda dulu! Cuba anda nilaikan jawapan dia. Aku bukan mahu menghentam mana2 pihak. Sekadar membetulkan pandangan orang sepertinya. Jiranku juga Indonesian. Tapi aku tak pernah memperkatakan hal begitu dan begini mengenai senario negaranya. Walaupun banyak benda yang aku boleh perkatakan, tapi kita pun ada kelemahan dan kena fikir perasaan orang yang mendengarnya. Jiranku juga pasti tak senang kalau aku sendiri cakap hal begitu dan begini dalam negaranya. Begitu juga kami sebaliknya sebagai rakyat Malaysia kalu yang mendengarnya. Banyak lagi yang dia luahkan (luahan perasaaan la ni agaknya) tapi disebabkan kurang faham loghat bahasa Indonesia pekatnya, jadi aku kurang menangkap apa yang dituturkan.

Aku mahu akhiri cerita aku dengan sebuah pengalaman yang agak melucukan. Sesudah teksi itu menghantar kami dilapangan terbang pada waktu petang, aku dan kakakku tunggulah masa untuk check – in. Sudah jenuh aku menunggu dan mencari nombor kapal terbang kami tersiar di skrin board tapi tak keluar2. Tanya punya tanya, rupa – rupanya kami tertinggal flight! Rupa – rupanya flight tersebut dah berlepas pagi tadi! Ini berlaku kerana kami salah faham waktu kapal terbang berlepas. Disangka petang rupa – rupanya pagi. Rasa lucu juga, tambah – tambah lagi kakak aku mengatakan sepanjang pengalamannya terbang ke sana ke mari sama ada penerbangan domestik atau antarabangsa, inilah kali pertama dia tertinggal kapal terbang. Biasalah, kami manusia biasa yang tak lekang dari kesilapan. Biarlah ini jadi pengajaran. Terpaksalah beli tiket baru. Nasib baik tiket penerbagan disebelah malam masih ada. Tapi kan, aku ingatkan kami je yang tertinggal kapal terbang. Rupa – rupanya ada juga 3 oraang lelaki pertengahan usia yang agak ramah orangnya senasib dengan kami, tertinggal kapal terbang! Gayanya seperti ahli perniagaan. Banyak yang kami bualkan bersama. Hahaha. Mereka juga satu flight dengan kami. Aku rasa otak kiri kakak aku tidak berfungsi seketika ketika membuat menempah tiket kapal terbang melalui internet. Mungkin dia terlalu mengoya kuat ke Jakarta agaknya.. Hahaha, hmmmmm.. Tebeng agy! (Buatlah lagi..) Wasalam……